Monday, May 3, 2010

Salam sejahtera buat semua

lama dah tidak menulis dalam blog ni.... nak kata sibuk sangant tu... taklah seberapa tetapi commitment .... rasanya masa begitu cepat meninggalkan kita.... sekejap dah pagi... tup-tup dah tengahari.... baring-baring sat dah asar....... seterusnya malam menjelma dan ...... jika usia masih dipanjangkan Allah.... akan bertemu lagi keesokkan harinya.....
begitulah kitaran hidup kita... walaupun berulang kali dihadapi... kadang-kadanag kita masih alpa bahawa usia hidup kita sebenarnya semakin hari semakin berkurangan.... setiap detik yang berlalu sebenarnya kita semakin menghampiri kepada kematian....sesungguhnya setiap yang bernyawa itu PASTI akan merasai kematian.... cuma kita tidak tahu bilakah masanya itu.
masa berlalu.... fizikal kita tidak seperti dahulu lagi......masa muda dahulu... hensem... ramai yang minat.... dah senja ni..... hukum alam... biasalah....tinggal kenangan...cuma kalau dapat nak dirakamkan setiap detik yang berlalu itu.... agar dapat menjadi pedoman buat yang masih hidup nanti bagi meneruskan kehidupan yang entah bagaimanakah yang akan dihadapi nanti 10, 20, 30 tahun lagi.........pasti penuh dengan cabaran yang tidak seperti hari ini.....

No comments:

Post a Comment